Sunday, March 15, 2009

batu cincin yang berisi ( Mempunyai khodam / jin penunggu )



Kebanyakan masyarakat kita percaya bahawa batu cincin atau batu permata yang kita pakai sebagai barang perhiasan mempunyai energi mistik tertentu dan ia terbahagi dalam 3 jenis.:-




( Mustika Braja Bastam )


( Alami )

Batu yang tergolong dalam jenis alami / semulajadi. Batu yang memiliki khodam atau energi secara semulajadi yang diambil dimimpi oleh pemiliknya tentang khasiat dan penggunaanya atau cara pengambilannya telah sekian lama diketahui hingga generasi ke generasi. setahu saya, batu jenis ini juga tidak mempunyai pantang-larang pemakaianya. dan ia wujud secara semulajadinya dan mengandungi energi. Tentunya ia adalah ciptaan tuhan yang maha berkuasa. Sehingga batu tersebut ditunggu untuk diterokai atau dijumpai pemiliknya yang sudah tahu pengunaanya. contohnya, mustika braja bastam seperti gambar di atas. yang dijumpai di keb. banjar indonesia. batu besi segala besi, asal besi.



( Alam Ghaib )

Batu yang tergolong dalam jenis ini tidak silap saya adalah batu hasil penarikan atau diberikan oleh jin dari alam ghaib. Seperti informasi yang saya perolehi, asal batu ini adalah batu permata yang telah dicuri atau batu cincin yang tercicir dari alam manusia hingga dibawa ke alam ghaib oleh jin-jin yang mengambilnya dan mengisinya dengan energi yang dapat menyesatkan manusia. kebanyakan ahli-ahli paranormal yang berjaya membuat penarikan batu permata tersebut akan mengisinya semula dengan energi yang bersih dan mengikut aturan agama.

( Pengisian )

Batu yang tergolong dalam jenis ini pula adalah batu permata yang biasa kita lihat dan dipakai sebagai perhiasan dan telah menjalani proses pengisian dengan mengunakan energi-energi metafizik atau ilmu hikmah mengikut keinginan pengunaan pemiliknya oleh para ahli paranormal , dukun , pawang dan bomoh. Pengisian batu permata tersebut terbahagi kepada dua jenis pengisian, contohnya khodam/jin pendamping atau ayat2 al-quran yang mampu melindungi atau mengikut kehendak si pemiliknya.







No comments:

Post a Comment

Post a Comment