Sunday, March 15, 2009

pendahuluan


Di dalam dunia perbatuan, sejak berzaman-zaman lagi hingga kini , kebanyakan masyarakat kita masih lagi mempercayai kepercayaan mistik disebalik permakaian batu permata yang dapat membawa tuah kepada si pemakainya. Selain itu , batu permata juga dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit, membuka aura tenaga dalaman, perlindungan ke atas si pemakainya agar terlindung dari segala bahaya, pengasihan yang begitu mutlak hingga si pemakainya disenangi dan dikasihi semua orang sekeliling.
Asal-usul batu permata adalah daripada campuran mineral yang memiliki komposis kimia alam, dan sruktur kristal yang berbeza-beza hingga terbentuk menjadi berbagai-bagai jenis batu permata yang jelas sekali memiliki tingkat kekerasan yang berbeda-beda dan memiliki khasiat yang berbeza juga.
Walau bagaimana pun, khasiat atau kekuatan yang ada pada batu permata tersebut adalah datangnya dari sanubari, kesesuaian dan keyakinan si pemakainya.

No comments:

Post a Comment